Pada disember 2009 lalu, anak keduaku zamil berkhatan. Sepanjang tahun 2009 kami (aku n husband) meyakinkan ini masa terbaik untuk berkhatan diusia 9 tahun. Kami 'mengkelentong' mengatakan jika umur dah menginjak 10 tahun akan jadi sakit sebab dah 'liat'. Luckily dia percaya. Ala......bebudak, senang je nak kelentong hehehe. Tapi elok la berkhatan di usia muda, orang kata cepat baik. Jadik, dia pun bersetuju tambah pula cousin dia si aiman yang sebaya pun berkhatan sekali. Pagi sebelum kul 8 kami pun ke klinik berhampiran rumah mak aku di Taman Sri Manja. Dari dalam kereta lagi aku dah nampak gelap je klinik tu dek ramainya orang nak berkhatan on that day. Bayangkan la sorang anak yang mengiringinya lebih dari sorang. Tu belum masuk datuk nenek moyang ikut sekali. Si zamil kemain seronok lagi di klinik tu tambahan pula sepupu sorang lagi si soleh pun ikut sama. Dia kemain lagi terlompat n buat lawak ngan cousins. Setelah bebarapa jam menunggu (aku pun dah naik hot) akhirnya tiba giliran anakku. Dan seperti diduga, dialah yang paling kuat menjerit. Aku dah agak dah....tau sangat aku kalau dia sakit camna. Heh...selepas tu bermulalah episod terlanjang aje taknak pakai seluar. Aduh..pening
Sunday, January 24, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment